MPL Kemboja kini kembali untuk musim kedua
MIKE HAYATE
19 មករា 2022 12:38

Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) di Kemboja kini kembali untuk musim kedua. Digelar Spring Split, pertandingan ini bakal kembali dengan Smart Communications.

MPL KH S1 pernah membuat siaran langsung di beberapa siaran sukan televisyen dari Julai sehingga Oktober lepas seperti CSTV, BTV, TV3 dan SEATV. Malah, berjaya mencecah 10.7 juta tontonan dengan 1.36 juta jumlah jam tontonan.

Pasukan terkuat Kemboja, SeeYouSoon juga menyertai M3 World Championship baru-baru ini. Anda boleh menyaksikan mereka untuk MPL KH S2 Spring Split.

Sebanyak 256 pasukan bakal bertempur untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.

Bertemakan “Born Outstanding”, MPL KH S2 di Kemboja dapat membantu ramai pemain yang menyerlah untuk mencapai impian mereka.

Jadual MPL KH S2 Spring Split

  • 2 Januari – 11 Januari: Pendaftaran MPL KH S2
  • 13 Januari – 21 Januari: Pusingan Kelayakan (8 Pasukan terbaik akan dipilih dari Pusingan Kelayakan)
  • 28 Februari – 28 Mac: Regular Rounds (4 pasukan jemputan & 4 Pasukan dari Pusingan Kelayakan)
  • 9 April – 24 April: Pusingan Playoffs
Source: www.mygameon.my